RSS

Tuesday, April 27, 2010

Apa kata wanita…..

saya mencatit luahan seorang sahabat….layanz..

Hmmm..apa dah jadi, memang dah jadi, selalu terjadi dan selamanya terjadi ( ada kemungkinnan lah tu hehe)

Ini lah jadi nya bila sang arjuna tak nak faham-faham.

Kenapa ya, selalu nya lelaki yang bekerja ingin di layan macam lah dia sorang je yang kerja. Balik terus rehat , baca suratkabar dan minta di buatkan air…

Entah lah hai…kesian si isteri , balek je rumah, terus singsing lengan, buat kerja rumah, itu pun lepas buatkan suami air minum petang. Masak makan malam untuk keluarga dan sibuknya sampai lah ke malam. Esuk nak kerja lagi.. ..

Hujung minggu , sama juga, bukan nya dapat rehat. Memang lah rehat dari kerja pejabat , tapi kerja rumah tak da mananya nak rehat , bertambah adalah. Hujung minggu ni lah nak ke pasar, tambah stok barang basah, dan siapkan kerja-kerja mingguan rumah yang tiada kesudahannya. Masa ni juga lah anak-anak nak masakan ‘special’ ibunya. Hai tak rehat-rehat.

Sang suami, buat apa agaknya….?? Apa lagi, dengan hobi masing-masing lah, ada ke nak membantu isteri yang tak cuti-cuti ni..HARAM..

Heran juga kalau di fikirkan, membasuh dan mengilap kereta berjam-jam larat pulak tuh..hmm

Tapi tak semua , ada…suami yang memang sayang isteri dan sentiasa membantu, bukan saja di hari-hari biasa termasuk hujung minggu jua..bertuah isteri.

Sooooo bagi cik abang yang tak sedar sedar, or tak perasan or tak ingat , bantu bantu lah isteri anda nih, jangan lah rajin masa bercinta je…dah kawin pula cuma tanggongjawab isteri je yang bertambah…so apa kata wanita????

p/s: yang berpangkat suami jangan mare ya, ini hanya untuk suami yang tak sedar, tak perasan dan tak ingat je ya…. hehe

0 comments:

Post a Comment